Jumaat, September 23, 2011

SEPETANG DI KEMBOJA EH KG KEMBOJA DAA

Semalam Bieyhanny & angah ke Kg kemboja
niat hati nak beli ikan baung je tapi bila sampai
sana macam-macam dorang jual tergugat iman
bieyhanny maka macam-macamlah yang bieyhanny
beli....angah cakap bestnya bu datang kat kg kemboja
ni walau pun kami berdua hanya berjalan kaki saja

Sayangnya bieyhanny tak bawa kamera kalau
tak boleh snap gambar bieyhanny & angah kat
Kg kemboja tu...pemandangan sepanjang jalan nak
ke Kg kemboja telah menawan hati angah and dia
cakap next week kita ke sana lagi ye bu.....best katanya
ye la dapat tengok pokok-pokok hijau dan bau
harum bunga melur yang di tanam sepanjang jalan
menuju ke Kg kemboja tersebut....wah segar rasanya
bieyhanny bila dapat pijak bumi dan rumput hijau
almaklumlah bieyhanny kan tinggal kat rumah burung
so kaki tu jarang-jarang le cecah muka bumi allah ni
sekali sekala dapat hirup udara segar tu...memang
seronok sangat......ok lah sikit je yang bieyhanny nak cite
coz nanti ada contininue untuk sepetang di kemboja
untuk entry akan datang bieyhanny akan snap gambar-
gambar yang menarik pula.....


IKAN PATIN& BELIDA MASAK TEMPOYAK BERSAMA BUAH KECUPU

Bahan-bahan membuatnya seperti gambar di bawah 
cara-cara membuatnya sama dengan cara masak
ikan baung kaeng som........selamat mencuba
 ikan patin & belida
 buah kecupu di buang kulit dan amil isi dalam sahaja
 cili api di tumbuk lumat seperti di bawah
 kemudian gaul bersama tempoyak 
sila rujuk gambar di bawah.....

 kemudian masukan
kesemua tempoyak tadi ke dalam periuk,masukan air
kemudian kacau sebati,masukan ikan & buah kecupu
didhkan di atas api...biarkan hingga mendidih barulah
di masukan buah terung pipit sila rujuk gambar di bawah


 rasakan garam & perasa kemudian hidangkan bersama
nasi putih & ikan belida goreng serta ulaman bersama
sambal tempoyak

selamat menjamu selera & selamat mencuba

KAENG SOM IKAN BAUNG

  10 biji cili padi kepada yang suka tapi kepada yang tak suka

PEDAS BOLEH TUKAR KE PADA CILI MERAH

 1 ekor ikan baung potong ikut suka hati
 5 KEPING ASAM GELUGUR/KEPING
 3 SUDU MAKAN BUDU CAP KETEREH
 cili padi di tumbuk bersama lengkuas..
 Satukan kesemuanya bahan di dalam belanga merah
gaul sebati
 Masukan budu & air(sorry gambar air terlupa nak snap)
gaul sebati masukan garam&  perasa
 Akhir sekali masukan gula melaka@nisse
 Didihkan hinga ikan masak
rasakan garam ikut cita rasa anda
Hidangkan bersama nasi putih dari beras wangi
horm Malee ,daging sahrum selasih & ulam-ulama 
serta budu,selamat mencuba

DAGING SEHARUM SELASIH





Bahan-bahan untuk Daging seharum selasih
500gm daging lembu
100gm daun selasih
1 biji bawang besar kuning
3 tangkai cili hijau
10 biji cili padi merah
1 batang lobak merah(potang memanjang)
2 cawan minyak untuk mengoreng

Bahan perapan daiging
3 camca teh serbuk kunyit
3 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk perasa
1/2 camca teh gula

Cara-cara membuatnya:
Daging di ppotong mengikut kesukaan anda
kemudian cuci daging hingga bersih dan toskan airnya
masukan ke dalam bekas gaulkan daging bersama bahan perapan
serbuk kunyit, garam,serbuk perasa & gula biarkan selama 5 minit
panaskan minyak,kemudian goreng daging tadi hingga garing,
semetara itu potong lobak merah,cili hijau,cili padi manakal selasih 
diambil daunya....setelah daging garing & empuk masukan kesemua
bahan yang dipotong tadi,kacau selama 3 minit kemudian angkat
dan hidangkan bersama nasi putih

Fakta: Masyarakat Thailand percaya daun selasih
sangat baik untuk menghilangkan rasa pedas & sangat
sesuai untuk menghilangkan panas badan akibat memakan makanan
pedas,biasanya selepas makan makan pedas masyarakat Thailand
akan memakan daun selasih mentah untuk mengurangkan rasa pedas 

LAGI SATU KOLEKSI MERAH BIEYHANNY

 LAGAGE BAG NI BIEYHANNY BELI
DAH LAMA TAPI TAK PERNAH PAKAI
COZ BIEYHANNY BELUM TRAVEL JAUH
NORMALLY KALAU SETAKAT BALIK KAMPUNG@BANGKOK
BIASANYA BIEYHANNY SUKA PAKAI BAG GALAS
COZ RASA LEBIH SELESA CUMA MASA NAK BELI BAG
NI BIEYHANNY SUKA COLOUR DIA YANG MERAH
TU JE........JENUH JUGALAH NAK MINTA EN HUBBY BELIKAN
COZ HARGA DIA RM378 AFTER 50% LESS

BIASA BIEYHANNY KALAU TRAVEL JAUH NAIK
TRAIN@ BUS JE SO LAGI SENANG PAKAI BAG GALAS
LE TAMBAH LAGI BAWA SI KECIK TU....KENA FREE HAND
BARU SENANG NAK KAWAL SELIA DIA.....CUMA 
BAG NI BELUM SAMPAI MASA YANG SESUAI UNTUK
BIEYHANNY GUNAKAN LAGI MAYBE ONE DAY
BIEYHANNY AKAN PERLUKAN JASA BAIK DIA
APA PUN BIEYHANNY SAYANG SANGAT NGAN 
BAG KENJI NI.....COZ DIA MERAH...

Test