Selasa, Februari 14, 2012

MOOD RAJIN DAH MAI ROTI HENTAM JE LA


Salam uols..hari ni mood bieyhanny rajin sangat so kalau dah mood rajin
melanda maka akan terjadilah sesuatu yang di luar kemampuan akal
dan fikiran......bukan buat benda tak baik tau...choi..choi bieyhanny
maksudkan kemampuan akal tu buat Roti Kentang ni....sila perhatikan gambarajah
di bawah ini...cewah dah macam cikgu sains pula bieyhanny ni.....

Bieyhanny ni kalau mood rajin melanda serta di tambah kebosanan tahap
gaban gilos ni,apa lagi mula selongkar peti simpanan makanan keluarga bieyhanny
tengok kot-kot ada benda yang boleh di buat ekperimen so terjumpalah kentang
tepung,butter,telur memang sentiasa ada dalam fridge tu and yis(mouripan).
Dengan bertemankan si kucings sekeluarga bieyhanny mula operasi....
semuanya pengaruh tengok rancangan masakan kat BB life channel la....
selalu tengok the naked chef si jamie oliver tu masak roti senang+ cincai je
(naked chef: dia bukan masak sambil telanjang ye uols) memang gelaran dia coz
dia ni masak kira apa je yang boleh alah senang citer tukang masak tangkap 
muat je apa yang ada. menjadi dan sedap.

Mula-mula tu cuak juga dan hampir hilang keyakinan diri gak
coz first time ni nak buat roti,kalau tak jadi membazir bahan-bahan je
and nanti kalau en hubby dapat tau mesti kena gelak kow kow punya,
tapi tak cuba tak tau kan...takpe bieyhanny pertaruhkan jiawa dan raga
untuk menjayakan projek mega ni....cewah ayat dah cam nak menuju ke medan 
perang je.....alah kalau naked chef tu boleh buat,bieyhanny pun mesti boleh
kalau tak sesedap roti gadenia pun takpe janji jangan keras cam batu dah le.

dan jeng..jeng...jeng nilah hasilnya.....sedap siot.
bila en hubby balik dia cam tersenyum sinis je bila bieyhanny cakap 
hari ni bieyhanny buat roti and cakap kat dia lepas ni tak yah la lagi beli roti 
kat luar.....Senyum kambing lagi dia, apa ingat bieyhanny ni takde bakat
sebagai chef ke????see the hand la...

Ini doh yang baru siap di uli and bieyhanny guna tangan
uli doh ni coz nak yang handmade so no machine use lol...
doh ni kena rehatkan dalam 15 minit nak bagi dia naik the baru boleh
bentuk jadi roti hentam je la.....


Yang ni Filling@melayu cakap inti,inti ni bieyhanny pakai
kentang je coz hanya kentang je yang ada dalam stock bieyhanny
Kentang ni rebus pastu lenyek cam nak buat kentang putar tu cuma
tambah gula+butter je.....siyes sedap filing ni,kalau tak nak buat inti
roti boleh buat krim sapu kat roti pun sodap gak.... 



Gabungan 2 bahan nilah maka terhasilnya Roti hentam je lah
bieyhanny ......walau pun buruk di mata tapi sedap di tekak


Setelah di bentukan and ni lah hasilnya
bulat-bulat kebabom kan roti bieyhanny ni....
kalau uols nak buat benda lain pun boleh contoh bentuk kucing ke,kura-kura ke?
tapi jangan buat bentuk binatang yang haram dah le(haip apa binatang tu??)
 nanti haram pula nak makanya...


Setelah di sapu telur kuning dan ditabur kacang coz
bieyhanny takde olive oil cam naked chef tu guna.
Fungsi kuning telur ni nak bagi naik seri le, roti pun nak kena make up
juga ingat perempuan je ke kena make up......kalau rupa buruk make up
sikit adalah yang berkenan samalah ngan makanan kalau rasa kurang enak tu
kalau di make up sikit boleh le jamu mata....walau pun bila makan telan pelan-pelan je
(biasanya kalau makanan tak sedap tapi garnishing cantik saiko diri tu makan
juga coz kesian tengok makan yang cantik tu maka kuis-kuis and telan pelan-pelan
sampai habis)


Akhirnya yeah ready to the oven.....
bakar selama 15 minit.


at least but not last...tadaaaaaaaaaaa  nilah hasilnya


Dah selamat pun roti ni di booking oleh anak-anak bieyhanny
untuk di bawa ke sekolah.....en hubby apa lagi makan sampai
2 ketul roti yang kebabom ni,tak padan tadi senyum sinis bagai kat bieyhanny
tapi bila bab makan tak hengat sapa yang buat.

P/s: untuk en hubby lain kali don"t judge a cook from it look
le taste dulu baru complain.
Resepi roti hentam je la tu nanti bieyhanny hapdate dalam
dapur bieyhanny ye!!!!! senang je uols pun boleh buat punya

VALENTINE DAY......BETUL KE EJAANYA


HAIP.....ROTAN KANG.BUAT APa TU???

Salam semua readers...cewah perasan gilos cam le belog 
bieyhanny ni ada ramai nor readersnya...takpe bieyhanny tak kecil 
hati pun coz kucings bieyhanny ramai ada boleh le bieyhanny paksa
dokucing semua tu baca...hehehe

Bieyhanny nak tanya uols tentang Valentine day tu la
coz bieyhanny ni kan dah season maklumlah mana tau benda-benda
camni kan well dah masuk persatuan aunty-auntys la katakan.....
siyes bieyhanny tak pernah celebrate benda ni coz bieyhanny ni 
bercinta pun sedetik cuma(bukan lagu anuar zain ye) and en hubby pula
bukan jenis yang ala-ala oreng putih and bieyhanny thanks god lah,
tak sempat buat dosa sambut tu......

Bieyhanny ni kira yang tak romantik la,siyes wa cakap lu
well gengster mana ada sifat romantik. en hubby pula sorang yang
ganas dah masa bujang dulu pun orang panggil hairy G(G untuk singkatan ganas)
tapi tak le seganas mana pun orangnya,harap kan muka je ganas tapi 
dalam hati ada taman coz dulu masa mula-mula la dia nak usya
bieyhanny cam berlagak macho la konon tapi sorry he is not may taste 
you know.....kiranya cam gini la,dulu masa kami nak rapat,ada la sorang 
minah ni tangkap lentuk gile la ngan en hubby tapi  en hubby tak suka coz
well fizikalnya yang bukan idaman lelaki(en hubby tu sebenarnya perasan je
hensem muka biasa je tapi high taste kan main) so pada suatu malam en hubby
nak pinjam bieyhanny jadi gelfren le nak tunjuk kat awek tu,mula bieyhanny
cam takut gak la of coz le kita sakitkan hati org nanti kita balik yang kena
gua tak layan beb....

Lepas pinjam jadi gelfren then kami pun rapat but bieyhanny still tak nak 
jadi gelfren dia coz not my taste....(syyyyyk ,masa dulu sebelum jadi gelfren selalu gak 
bieyhanny kutuk dia,mamat perasan macho) tu la kan orang kata kita ni
jangan benci,kutuk@nyampah ngan seseorang coz takdir kita hanya allah
je yang tahu......lepas kawan 2 minggu en hubby nak diclair jadi gelfren
uols nak tau tak camne dia buat.....pagi tu tepat jam 6 am(AM ye bukan PM)
 dia jemput bieyhanny kat airport coz bieyhanny baru habis kerja(kerja apa biarlah rahsia)
masa ontheway balik dia pun pasang le lagu "dalam diam aku mencintaimu" kumpulan sting
(melayu ye bukan mat saleh)
alah lagu yang hit kebabom time bieyhanny muda belia dulu.....dia cakap
perasaan saya kat awak macam dalam lagu ni la....bieyhanny tershut up,tak tau nak 
kata apa,nak kata bahagia,mamat ni bukan taste bieyhanny,nak kata tak suka
tapi mamat ni dalam hati ada taman...so bieyhanny pun meromantikan diri juga le,
cewah dan dan tu gak lah bieyhanny bagi lagu"seandainya tuhan mengizinkan" lagu
kumpulan yang sama and masa tu memang lagu hit!!!!!cewah dah cam dalam
cerita hisdustan bagai...hehehehe bila bieyhanny cerita kat anak-anak
merah padam muka en.hubby,malu kot coz muka ganas tapi dalam hati
ada taman....then memang dengan izin allah bieyhanny terima dia
then lepas 2 bulan jadi gelfren di purpose bieyhanny and dalam masa 2 minggu
engage kami buat keputusan untuk kawen.....coz kami takut dengan godaan 
iblis dan syaitan yang sentiasa nak menyesatkan umat nabi Muhamad S.a.w.

Tanggal 16 nov 1998 dia terima nikahnya bieyhanny and bieyhanny
pun sah jadi wife dia......mesti uols cam bemonolog sendirkan
Tak rugi ke bieyhanny ni kenal sekejap je terus kahwin???
jawapanya memang bieyhanny tak pernah menyesal malah bieyhanny
bersyukur allah cepatkan jodoh bieyhanny coz hanya dengan cara itu sahaja dapat
elakan godaan syaitan...mesti korang ingat bieyhanny ni gatal sangat ke???
bukan sebab gatal@ kemaruk nak kahwin tapi bieyhanny rasa bercinta lepas
kahwin tu lebih indah dari bercinta sebelum kahwin.....masa belum kahwin mana
boleh pegang-pegang haram and lepas kahwin nak kemana berdua pun tak siapa
yang nak halang@larang....nak jalan pimpin tangan pun boleh,nak makan bersuap pun boleh 
coz dah halal.......and now 13th dah bieyhanny jadi wife en hubby and selama tu la hubungan
kami masih lagi cam orang in love.....tak payah nak sambut valentine day bagai
takde pekdahnya.....kadang tu kami hari-hari sambut hari kasing sayang....
sebagai pasangan suami isteri yang memberi dan menerima cinta,kasih dan sayang,
 so nasihat bieyhanny pada adik-adik,kakak- kakak,abang-abang,anak-anak sekelian tak perlu kita
ikut budaya yang dah sah -sah nak meramaikan lagi umat Muhamad masuk ke neraka.
Biar member-member cakap kita kolot@ ketinggalan zaman sebab
tak celebrate Valentine day, yang penting kita dapat elakan diri dari melakukan
dosa dan maksiat.....

Tengok lah dalam buletin utama malam esok mesti ramai anak muda
bebangsa melayu kena tangkap khalwat kat hotel-hotel murah selepas
sambutan hari Valentine day......kadang tu sedih je bieyhanny tengok bangsa kita
jadi camtu and takut pun ada coz bieyhanny ada 2 anak dara yang kian meningkat
remaja tapi inya'allah bieyhanny akan pastikan yang anak-anak bieyhanny tidak
akan buat perkara-perkara yang melanggar syariat agama rasmi bieyhanny...ISLAM....

P/s Bercinta tu tak salah tapi biarlah ada batas-batas agama
jangan sampai membelakangkan syariat agama yang kita anuti
and kalau ada kemampuan tu kahwin lah cepat tak payah nak tunggu duit cukup
coz nak kahwin ala-ala artis coz kebahagiaan sesebuah perkahwinan tu bukan
terletak pada hantaran@majlis resepsi yang gilang gemilang tapi atas niat
aku kahwin untuk mengelak dari berbuat maksiat setelah aku mampu....
inya'allah akan allah permudahkan segala urusan andai kita ikhlas.........

Test