Khamis, Jun 13, 2013

Bas Thailand yang awesome

Dah hampir 15 tahun tak naik bas ni....dulu masa Kecik arwah Mak selalu LA bawa Baku naik bas ni....

Bila Dah tua ni dapat merasa lagi naik bas yang awesome ni....sedih pula rasa hati....terimbau kembali memori dulu2 waktu naik bas ni dengan arwah Mak....

Khamis, Mac 28, 2013

Apam polkadot lagi

Sejak Dah xpert buat Benda ni...kalau boleh hari2 nak buat coz suka warnanya yg sang at cute and the taste tak yah cite le memang maveles...bukan saja masuk bakul angkat sendiri like selalu aku canal let the picture let it taste...esok ada kelas until yg berminat nk belajar free je aku ajar...nak Cuba???? Just roger Bieyhanny ye.

Isnin, Mac 18, 2013

Lawatan ke kilang roti Gardenia

Hari ni bawa anak2 Tabika Kemas Taman subang baru ke kilang roti Gardenia best juga dapt tengok cara2 roti di buat

Sabtu, Mac 16, 2013

Mee simple mimple tapi sempoi sedap

Selalu makan nasi je jemu jua...so malam ni masak mee ni,aku panggil mee bodoh je coz senang nk buat tp yang pasti anda tk kan jadi bodoh kalau makan mee ni

Apam tepung beras....emmm sedap hingga jilat pinggan

Sekarng ni kerja aku mencuba kuih muih tradisi je....bukan APA takut nanti warisan yg tk ternilai ni hilang di telan zaman. Sayang tau khazanah kita lenyap begitu je.

Puding rumpai laut.... lazatnya kalah secret resepi

Jumaat, Disember 14, 2012

PUDING CINTA BERMUSIM....MENANG TEMPAT KE-2

Ni le rupa close up puding Bieyhanny yg dapat tempat ke-2
dalam pertandingan memasak puding anjuran KEMAS
yang berlangsung di Pangsapuri Semarak,Kota Damansara
(tarikh kita lupa) 

Ni bukan tuan puding ye wakil tuk pegang coz
 tuan puding nak ambil gambar.....

salam uols dah lama kita menyepi tapi kita memang happy...kali ni
kita bukan pergi bertapa tau tapi dek kerana kemalasan yg melanda
maka kita pun menyepi...ekceli kita nak share la kita ada le masuk pertandingan
masak puding anjuran kemas,esok nak kena hantar petang tu senah dorang bagitau.

Ko tau cik jah....kita pun rasa cam malas je nak masuk coz
bahan-bahan nak masak puding pun takde....so kita pun bersenang lenanglah
kat depan Tv tapi hati ni cam tak puas je kalau tak masuk coz masa ni la cik jah
kita nak tunjuk kepakaran....so kita pun selongkar peti simpanan kecemasan,
kita tengok kot2 ada bahan2 yg masih berbaki......
alhamdulillah jumpa 2 peket agar-agar serbuk
yang entah bila kita beli tapi kita dah check tarikh luputnya lambat lagi .

Bahan dah ada....tapi jenuh pula fikir senah nak masak puding apa??
last2 kita main hentam je masak puding santan bersama roti yg di blend halus,
tapi kita rasa kalau camtu je kita tak menang so kita pun buatlah puding karamel.
Kita buat la lapisan bawah tu agar2 perisa roti yg di letakan agar2 warna-warni yg
di potong dadu saje je nak  nampak meriah  and kat tengah-tengahnya kita letak le 
puding karamel then atasnya lapis lagi dengan agar-agar roti tadi.....

Pada Pagi hari kejadian kita bawa puding tu gi rumah mak en suami ,hati tu berbelah
bagi nak masuk ke tidak?adik ipar tengok dia terliur dah nak potong  di situlah tragedi bermula,
untuk kepastian kita pun call cikgu tabika cakap ada buat puding tapi segan nak masuk.
Dorang cakap bawakan je so kita bawa je le.....sampai kat sana kita tak tau nak hias camne
so cikgu just potong empat segi je coz pinggan yg kita bawa tu empat segi.


Dalam kelam kalibut tu dorang tanya resepi and nama puding,alamak camne ni??
kita lupa nak tulis resepi and nama main hentam je la ...maka puding tu di beri
 nama PUDING CINTA BERMUSIM coz dia colourful.....tiba masa tuk pengadil merasa
berdebar kuat jantung ni,kita tak suka kalah....yes puding kita tersenarai..pegadil kata puding kita
sedap tapi hiasan@decoration kita biasa and simple so dia bagi kita no 2 je.....frust juga
coz dapat tempat ke-2,tapi yang paling best tu pengadil minta puding kita di bawa
masuk ke Dewan makan coz dorang nak makan sebab rasanya enak sekali..kembang hidung 
koyak spender kejap(ayat anak perempuan kita)hehehe lihatlah dunia kita menang.
dah hadiahnya....sebuah kereta honda crz (hehehe dalam mimpi je) ada le hadiah
yang dorang bagi walau pun kecik dan tak seberapa tapi sangat berharga buat Bieyhanny.

OKlah senah dan cik jah nanti kita sambung lagi next time daaaaaaaaaa


Ahad, September 02, 2012

My new baby

Ni my new baby nama dia omey.....nape omey coz dia memag comel gila......
So sekarag ni busy je ngan baby ni
.....actualy ni post test je coz baru berjaya guna blogdroid la katakan

posted from Bloggeroid

Khamis, Ogos 30, 2012

RAYA YANG TAK BERAPA NAK RAYA

Salam semua nak citer pasal raya coz semua orang duk citer
pasal raya tapi tahun ni raya aku tak berapa meriah coz aku terpaksa sambut
raya terakhir kat rumah merah ku ini.....oktober ni aku kena pindah rumah
coz en suami rasa rumah ni dah tak dapat nak tampung kami sekeluarga coz
anak2 pun dah semakin membesar and ruang dah makin sempit.

Sayang tu memang la sayang tapi apa nak buat coz jodoh dah habis
ngan rumah merah ni and sedikit masa yang tinggal ni terpaksalah aku
manfaatkan betul2 bersama rumah tersayang coz lepas ni kami dah bercerai talak 3
and tak boleh rujuk lagi(bukan aku cerai ngan suami ye).

Raya tahun aku mogok tak buat kuih raya walau pun ku punya oven 
sebesar mesin basuh 9kg tapi 1 biji biskut pun haram aku buat.....baju raya pun
beli last minit je tu pun lepas di pujuk en suami bawa aku pergi kompleks PKNS
Shah Alam.....sempat la juga aku grab 2 pasang ...

Raya tahun ni aku balik Kg en suami,Kg gajah perak.
untuk raya tahun ni tak banyak cerita yang dapat aku kongsi and
gambar pun tak banyak yang dapat aku upload.....untuk mengubat luka hati
ni je lah gambar yang sempat aku snap.


Biarlah gambar yang berbicara.....gambar aku takde ye.

Isnin, Ogos 27, 2012

HASAD DENGKI PUNYA MANUSIA SANGGUP MENYEKUTU ALLAH


sSalam semua rasanya dah berabad aku tak jenguk blog ni
kalau rumah rasanya dah penuh sawang dan habuk,bukanya tak sudi
nak berblog lagi tp keadaan tak mengizinkan coz bz dengan keluarga
and bizness onlone almaklumlah dah jadi surirumah ni kenalah tingkatkan
usaha dalam bizness online ni kalau tak tak merasa la nak pakai pinggan magkuk 
yang harga beratus 1 set and pakau bekas plastik jenama tupperware,bukan duit
yg suami bagi tak cukup cuma banyak keperluan lain yang harus di dahulukan....

Dalam hidup ni kenapa dan mengapa manusia sering ada iri hati dan hasad dengki
bila tengok orang lain hidup senang dan berjaya?????pelik kan perangai orang ni.
aku salah sorang yang terkena dengan manusia yg penuh dengan iri hati dan hasad
dengki sampaikan ada tu yg sanggup menyekutu allah semata-mata nak tengok
aku dan keluarga jatuh!!!!!!dunia...dunia.

cerita ni berlaku seminggu puasa masa tu malam anak2 lelaki ku ni suka
sangat main mercun pop and selalunya dorang main dalam rumah je dan aku
selalu lah marah coz habis bersepah rumah dek habuk mercun pop tu,aku halau dorang
 main mercun tu kat luar so tak payah nak kemas coz esok pagi ada cleaner yang 
akan sapu and masa tu lah anak2ku nampak ada seorang lelaki yang tak di kenali
cuba nak menanam benda kat dalam pasu pokok pandan aku(sila rujuk gambar)
bila lelaki tu nampak anak2ku segera dia beredar and anak2ku masuk ceritakan apa
yang dorang nampak so aku pun amik air bacakan surah yasin and siram pokok tersebut
bukan apa sekadar sebagai pelindung mana la tau kot barang yg cuba di tanam tu
ilmu hitam.....aku sebenarnya malas nak layan benda2 cam gini dan sukar nak percaya
tapi bila dah terkena tu rasanya baik aku berhati2....

Ku ceritakan pada mak mentua pasal kejadian tersebut and mak suruh aku buang je
pokok pandan tu......sayang rasanya nak buang coz dah banyak jasa pandan tu 
pada aku lantak lah dorang nak tanam apa,aku yakin allah akan sentiasa
melindungi aku sekeluarga......

Aku yakin selagi aku berpegang teguh pada akidah islam selagi itulah
aku dan keluarga akan selamat dari sihir iblis durjana yang bersumpah akan
menyesatkan keturunan adam.

Test