Selasa, Januari 17, 2012

BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG

Gejala sosial yang semakin menular dalam 
masyarakat kita hari ini amat membimbangkan 
bieyhanny coz bieyhanny ada 4 anak yang sedang 
membesar....takut ada,bimbang pun ada,risau usah 
cakaplah sentiasa menghantui minda bieyhanny
kadang tu bieyhanny selalu berfikir mampukah bieyhanny
mendidik anak-anak bieyhanny sebaik arwah ibu ???
atau layakah bieyhanny untuk memberi contah yang baik
buat anak-anak bieyhanny sedangkan bieyhanny sendiri
lahir dari keluarga yang kucar-kacir?????

Apa pun kita kena kembali kepada akidah kita,
dulu bieyhanny membesar tanpa didikan seorang ibu
coz ibu bieyhanny tinggalkan bieyhanny semasa umur bieyhanny
13th tapi rasanya akidah yang telah arwah ibu terap dalam
diri bieyhanny kuat walau pun ibu seorang mualaf maka
bieyhanny terlepas dari jerat syaitan yang menyesatkan...

Bieyhanny merantau seawal usia 19th ke kuala lumpur
membawa hati yang lara setelah kecewa dengan pemergian
ibu tercinta meninggalkan bieyhanny dan ayah telah membawa
penganti ibu yang tak mungkin bieyhanny terima tapi
walau pun jauh di perantauan bieyhanny tak pernah terfikir
untuk menyalahkan kedua ibubapa untuk menjadi bohsia
atau mengamalkan cara hidup liar......kerana akidah bieyhanny
kuat mengatakan bahawa itu bukan pilihan yang baik untuk
bieyhanny dan semuanya akan mendatangkan seribu
sesal di kemudian hari dan untuk itu kita kena berani berkata
TIDAK pada pengaruh yang akan merosakan kita......

Kadang bieyhanny sedih bila baca "paper' tentang masalah
sosial yang melanda gadis-gadis melayu bila di ajukan 
soalan kenapa terlibat dengan masalah sosial dengan tanpa
segan silu menjawab masalah penceraian 'parent' punca mereka
terjebak......kalau bieyhanny yang jadi wartawan tersebut
rasanya nak je bieyhanny sepak muka mereka.....
mereka sepatutnya bersyukur kerana parent mereka ada
bersama dan still boleh jumpa tapi bieyhanny kehilangan ibu tercinta
selama hampir 10th tanpa khabar berita sama ada hidup@mati
tapi bieyhanny tak pernah menyalahkan parent bieyhanny malah
bieyhanny bersyukur atas apa yang berlaku dan bieyhanny jadi
tabah serta matang dalam membuat keputusan......

Bieyhanny bersyukur sangant takdir bieyhanny
lahir sebagai muslim walau pun keturunan arwah ibu 
bukan seagama bieyhanny......islam adalah anugerah dan panduan
hidup yang paling sempurna untuk setiap insan......


Ahad, Januari 15, 2012

ห่วงใย - เสก โลโซ

กลับคำเสีย - เสก โลโซ


Bieyhanny sedih sangat bila dapat tau dia terlibat
dengan dadah dan tengah menerima rawatan di salah
sebuah hospital persendirian kat Thailand....tambah
sedih bieyhanny dengar bila isteri dia yang tercinta juga
ingin berpisah atas apa yang berlaku ke atas dia......

Mana perginya janji setia isteri dia yang
sanggup bersusah senang bersama???? sepatutnya
isteri dia bagi dia sokongan untuk merawat ketagih dadah
bukanya tuntut cerai dan tuntut harta benda dia.....tapi 
bieyhanny salute keluarga sookpimay(mak,adik& abang dia)
yang sentiasa ada di saat dia susah bukan macam keluarga
sebelah isteri dia yang hanya bersama dia ketika senang

Apa pun harapan bieyhanny agar SEksun@sekloso
akan pulih dari ketgih dadah dan kembali ke pentas
hiburan dengan lagu-lagunya yang hounted tu.
Dari bieyhanny:no matter what had happen
i will always be by your side for better or worst

Jumaat, Januari 13, 2012

KENANGAN TINGGAL KENANGAN

 sedihnya bila lihat teratak usang bieyhanny
yang tunggu masa untuk rebah ke bumi,
begitu juga kenangan bieyhanny yang
semakin hari semakin terhapus dari ingatan....
 Dulu di teratak inilah bieyhanny di besarkan
tanpa mengenal erti jerih atau sedih tapi sejak
peristiwa sedih yang mengukir kenangan suram dalam
hidup bieyhanny begitu jugalah teratak ini akan
rebah tersungkur menyembah bumi akhirnya.....
 Sayu hati,runtung jiwa bila bieyhanny jejakan
kaki ke teratak ini lagi...terasa bagaikan semuanya
akan berkubur bersama rebah dan runtuhnya  teratak
kasih ini....akan adakah lagi peluang untuk
bieyhanny jejakan kaki bieyhanny ke teratak ini lagi
biar pun ianya usang dan buruk tapi di sini
pernah tercipta memori indah bersama arwah ibu
tersayang yang banyak mengajar bieyhanny agar
menjadi matang sebelum usia......
di sini pernah ada cerita sayang,memori kasih,
kenangan cinta yang pernah terlakar untuk penghuninya 
suatu ketika dulu dan kenangan itu tak mungkin
akan padam walau pun teratak ini jatuh dan rebah 
menyembah bumi.......
 suatu waktu dulu di sini adalah kebun-kebun yang
penuh dengan kasih,batas-batas cinta yang di taburi
benih-benih sayang yang subur menghijau dan memukau
setiap mata yang memandang tapi kini...lihatlah
tiada lagi kebun indah atau taman idaman dan 
yang tinggak kini hanyalah belukar pedih yang akan
sentiasa memadamkan kasih seorang ayah terhadap
keturunannya....


 Di simpang ini bieyhanny pernah belajar bertatih
di jalan ini bieyhanny pernah belajar berlari
di jalan ini bieyhanny pernah berkejaran takkala
melakukan kesalahan ....
Dulu di jalan ini ada keindahan untuk semua 
Dulu di simpang ini dan di tanda batu ini bieyhanny
pernah meratapi lara di hati tapi kini simpang ini
terlalu uzur di mamah usianya namun sebagai mana untuhnya
kenangan bieyhanny begitulah untuhnya tanda batu ini
dan akan tetap ada lagikah tanda batu ini untuk esoknya????? 
akan bieyhanny abadikan kenangan ini bersama
simpang cinta,kasih dan sayang hingga
ke akhir usia bieyhanny..........selamat tinggal
simpang cinta,kasih dan sayang,moga akan
ada peluang lagi untuk kita bersua......

with love Bieytahanny

Selasa, Oktober 04, 2011

AKU BEKAS ANAK MAFIA& KETUA GENGSTER


Cerita ni bukan untuk memburuk@mengaibkan sesiapa
sama ada yang hidup mahu pun yang dah 
kembali ke rahmatullah,tujuan cerita ini di tulis adalah
untuk di jadikan pengajaran untuk semua pembaca di luar 
sana agar menilai & memahami hidup ini bukannya
suatu hukuman untuk di corak mengikut asal usul sesbuah
keluarga......ikuti kisah tersebut.....

Kayvalin sophia lahir dari sebuah keluarga 
yang sangat kucar kacir kerana ibu adalah mualaf
yang memeluk islam seteah berkahwin dengan ayah Ria
yang merupakan ketua Gengster & mafia yang terkenal
di sekitar Singapore,Filipina& Thailand sekitar tahum 1980-an
hidup kayvalin amat susah ketika menjalani alam kanak-kanak
kerana Bapa kayvalin seorang lelaki yg suka berfoya-foya
dan kaki perempuan and dalam usia Ria ke 5 tahun
bapa Ria telah berkahwin dengan perempuan yang 
di fahamkan pelayan kelab malam...walau pun dengan
hati yang pedih dan sedih ibu Ria terpaksa menerima madunya
dan mereka tinggal serumah...cuma Ria pada waktu itu
telah ada sifat memberontak dan marah dengan apa yang
terpaksa ibu Ria lalui...mungkin pengalaman telah mematangkan
Ria walau pun umur Ria terlalu muda.....di sebabkan kesedihan
akibat di madukan ibu Ria pernah beberapa kali meninggalkan
Ria dan adik-adiknya pulang ke negara asalnya....

Hidup terlalu banyak yang pahit dari manisnya
hingga Ria meningkat dewasa perangai bapa Ria masih juga
sama......ayah Ria bukan muslim yang baik apatah lagi 
untuk membimbing ibu Ria ke jalan yang di redhai allah
tapi Ria kagum dengan Sikap ibunya yang berusaha
sedaya upaya untuk menjadi seorang muslim yang baik
melalui kuliah-kuliah yang di adakan di masjid kg Ria,ibunya
dapat mempelajari islam dengan baik tambah keperihatinan
orang-orang kampung yang menyayangi ibu Ria
maka mereka membimbing ibu Ria dengan baik.....

Namun sekuat mana iman seorang mualaf apabila
suami yang di harapkan dapat membimbingnya ke jalan allah
tu telah melanggar segala suruhan allah.....tak pernah menunaikan
solat 5 waktu,puasa tak pernah buat malah ibu ria terpaksa
bersubahat sama masakan makanan untuk bapa Ria.....
namun ibu Ria tak pernah berhenti berdoa agar allah bukakan pintu 
hati ayah Ria agar kembali ke jalan yang benar....

Dari kanak-kanak hingga Ria meningkat remaja
perangai ayah Ria masih lagi tak berubah malah makin
menjadi-jadi.....Pada hari tu tanggal 5 Disember 1989 
telah terjadi peristiwa yang telah merubah hidup Ria
dari seorang yang Ceria kepada seorang yang pendiam
dan pendendam......masih segar dalam ingatan Ria hingga
ke saat ini waktu Ibu Ria telah pergi meniggalkan Ria
dan Adik-adik, saat itu Ria cuma menganggukan kepala
je bila ibunya memberitahu yang dia ingin pulang ke Negara
asalnya untuk sementara waktu dan ibu ria berjanji
akan kembali ke sisi Ria lagi seminggu kemudian dan ibu Ria
juga berjanji akan membelikan hadiah untuk Ria dan adik-adik
Ria sangat gembira dan tidak menyangka bahawa itulah kali 
terakhir Ria bersama Ibu tersayang......

Ayah Ria entah di mana ketika itu hanya
allah je yang tahu dan Ria tak dapat menduga hati ibu Ria
yang sebenarnya telah remuk dan hancur lantaran sikap ayah 
Ria yang masih belum berubah......
Dari seminggu ke sebulan dan dari bulan ke tahun
Ria masih lagi menanti kepulangan ibu tercinta yang pergi
tanpa khabar berita dan entah di mana....namun hati kecil Ria
masih lagi mengharapkan agar suatu hari nanti ibunya
akan kembali ke sisinya lagi kerana Ria masih perlukan
kasih sayang soerang ibu di sisi.....

Kini sudah hampir  3tahun ibu ria meninggalkan Ria
kalau ibu telah mati di mana kuburnya nanti bisa Ria
bawakan kuntuman kemboja dan air mawar untuk ibu tapi
ibu pergi meninggalkan Ria tanpa khabar berita,sikap Ria mula
berubah dari seorang dari yang riang dan peramah menjadi gadis
pendiam,pemarah dan pendendam bagi Ria,ayahnya adalah
punca ibunya meninggalkan Ria dan adik-akinya.
Dan dari saat itu perasaan benci Ria untuk ayah
semakin hari semakin jelas dan sering kali Ria akan 
memberontak tak tentu pasal...kebencian Ria pada ayah
Ria jelas dan setiap kali bersua muka Ria akan meyalahkan
ayahnya atas kehilangan ibunya....selang setahun kemudia
Ayah Ria telah kembali ke panggal jalan mungkin kerana
rasa bersalah terhadap Ria ....

Ayah Ria telah betaubat nasuha kerana Ria
dengar setiap kali sembayang Ayahnya akan menangis
tersedu-sedu menyesali segala perbuatanya dulu dan Ayah
Ria juga telah mula berpuasa di bulan Ramadhan tapi semua tu
tak pernah memadamkan dendam dan perasaan marah Ria
pada ayahnya.....malah makin hari Ria semakin kuat membenci 
ayahnya...sehinggalah pada suatu malam ayah Ria memanggil
Ria dan adik-adik turut sama nenek,paksu dan makcik,malam
tu ayah Ria bagitau yang ibu Ria ingin kami tinggal bersamanya
di Bangkok bersama keluarganya yang belum islam....

Bila di ajukan soalan siapa ingin bersama ibu,Ria
yang pertama bersetuju untuk ikut ibu tapi adik-adik yang lain
tidak saat tu jelas kedengaran tangisan ayah,nenek,makcik.
semua merayu agar Ria tinggal bersama Ayah tapi hati Ria
amat sakit bila kenangkan apa yang berlaku pada ibu Ria........


Sekian saja untuk kali ini....kisah ni akan bieytahanny sambung
lagi di next entry.......:(

Rabu, September 28, 2011

BIEYTAHANNY PUTUS TUNANG.......DENGAN MR C & N

Salam pagi blogers semua di entry lepas bieyhanny
baru je meminang & bertunang dengan dua jejaka 
merah tu tup tup ribut tidak angin tidak putus pula...
apa kes ni bieyhanny???? segala persiapan semua dah
di atur bajet kawen pun dah en hubby sediakan dalam
proses je alih-alih bieyhanny kansel kawen pula......

 marah betul en hubby bila tahu bieyhanny dah putus tunang 
dengan en N & C tu katanya hari tu dah cam orang
sasau kemaruk cinta,cam dah angau segunung tup tup
tak jadi pula ...senang betul ye bieyhanny ni berubah,
en N (gambar kat atas tu) dulu memang pujaan hati
runtaian jiwa bieyhanny tapi entahlah bila bieyhanny singgah
di rumah en.Google semalam,bieyhanny jumpa jejaka lagi
kacak and very the gojes yang betul2 menyentuh sanubari
dan jiwa wanita bieyhanny coz jejaka ni sesuailah
sangan ngan bieyhanny yang ala2 wanita anggun ayu gitu
(cewah sempat perasan lagi tu)bila bieyhanny tanya kat en.Google
memang dialah yang bieyhanny cari & nantikan selama ni....
dan bila en hubby balik malam tadi lepas on call
bieyhanny terus ceritakan yang bieyhanny dah jatuh cinta
yang maha hebat kat Mr N1 ni....bieyhanny minta
en hubby tak payah meminang ,terus kawen je la coz
takut kalau lambat bieyhanny terjumpa yang lain & hantaran
dia mahal nanti yang parah nak sediakan bajetnya en hubby
Bieyhanny tak kisah coz bieyhanny hanya tau minta je
 dan nilah rupanya jejaka yang telah berjaya mencuri hati bieyhanny
hebat & very the gojes kan??? red colour lagi tu,
orangnya simple tapi complete sebagai mana yang bieyhanny
selalu idamkan alah cam prince charming dalam citer
dongeng tu.......sepadankan ngan bieyhanny yang wanita
ala2 lemah gemalai ni tak de la susah nak usung ke hulu 
ke hilir pendek kata memang cukup sempurna bagai pinang
di belah dua.....kalau berjalan tu memang sama cantik
sama padan la......hantaran dia tak lah mahal sangat 
kalau complete sekali ngan eksoseri yang very 
he gojes kat bawah tu cuma rm2800++ je
kalaulah Dia bieyhanny miliki,ibarat dunia ni
bieyhanny yang punya....lengkap sudah rasanya hidup
bieyhanny untuk dapat pasangan hidup yang serasi dan
very the gojes......pls la en hubby cepatkan sikit ye
bajet kawen bieyhanny ngan dia coz dah tak sabar nak hidup
ngan dia ni.....lepas ni bieyhanny janji takkan cari yang lain lagi
bieyhanny akan setia pada yang satu ni je....percayalah en hubby
hanya di hati bieyhanny dulu,kini dan selamanya.....

Doakan agar kami berteme jodoh ye bloggers semua
coz bieyhanny rasa dialah pelengkap hidup bieyhanny.
bieyhanny rasa dia penampah perisa dunia blogging bieyhanny
nanti.......

P/S: en hubby cepat la sikit bajetnya bieyhanny dah tak sabar rasanya
dah tak tahan nak hidup sendiri tanpanya di dunia blog ni.....
ayat cewah dah cam orang gila kemaruk cinta yang
tahap kronik...tak hengat dunia dah bieyhanny ni.......

Nota berdarah: Maaflah gambar ex-tunang bieyhanny yang mr C tu tak dapat
di papakan kerana di beritakan yang en.C tersangatlah malunya
coz bertunang ngan bieyhanny tapi terpaksa kawen ngan orang
lain bagi menutup aib keluarganya......

hehehe jangan marah ha...camni lah jadinya kalau
kitaran hidup dah tak normal malam jadi siang,siang jadi malam
Bieyhanny dah berbulan jadi burung hantu & musang tak tidur malam
akibat trauma dari mimpi buruk yang sering bieyhanny alami....
nanti bieyhanny sambung di entry next kenapa& mengapa........

LAGI UJIAN ALLAH UNTUK BIEYHANNY


hATI KENAPA Cepat benar sayu bila di uji allah
jiwa kenapa rapuh untuk sekelumit ujian????/
perasaan kenapa cepat benar tersentuh lantas
airmata kenapa jatuh di saat di uji allah???

Kenapa aku tak bisa jadi sekuat semangat nabi
allah ayub dalam menghadapi ujianmu????
Jiwa kenapa leka dengan pujukan si bedebah itu???
kentalah hati,teguhlah jiwa untuk menokah arus
yang mendatang kerna setiap ujian allah itu
akan ada ganjaran tapi adakah aku tergolong
di dalam hambamu yang kau redhai?????

With love bieytahanny

Selasa, September 27, 2011

SEDIHNYA UNYA DAH TINGGALKAN BIEYHANNY

 Sedih sangat bila terpaksa berpisah ngan unya
rasa cam nak nangis pun ada coz bieyhanny bela
unya dari kecil lagi and unya sangat manja ngan bieyhanny
tapi mungkin takdir unya bersama keluarga lain kot....
sedihnya..huhuhuhu 
Nanti pagi2 sapa yang nak kejutkan bieyhanny???
sedih sangatlah.....menyesal pula rasa bagi unya
kat orang......tengoklah kalau tak tahan rindu
kat unya, bieyhanny amik balik....huhuhu
patut la dalam 2,3 hari ni muka unya sedih je rupanya
dia dah tahu yang dia nak tinggalkan bieyhanny......
maafkan bieyhanny unya bukan niat bieyhanny nak
bagi unya kat orang tapi dalam ramai-ramai anak2
bieyhanny,dorang pilih unya...bukan tak sedih tengok unya
tinggalkan bieyhanny tapi bieyhanny harap unya akan 
dapat hidup yang lebih baik & sempurna dengan dorang

Tapi hari ni rumah bieyhanny cam sunyi je
tanpa unya dan sekarang ni bieyhanny tengah nangis
rindu kat unya padahal baru beberapa jam je unya
tinggalkan bieyhanny....dah tak dengar lagi suara unya
minta makanan dan minta di belai.....sedihnya bieyhanny rasa
selalunya bila bieyhanny on9,unya selalu duduk kat
riba bieyhanny,kacau bieyhanny tapi kini unya dah
takde...sedihnya rasa sampai menitis airmata bieyhanny
nanti sapa yang tidur sebelah bieyhanny lepas ni????

untuk unya bieyhanny doakan agar di sana
hidup unya lebih baik dan bieyhanny juga harap 
kalau takdir kita,unya akan balik rumah bieyhanny lagi.
bieyhanny juga harap di sana unya akan dilayan dengan baik
seperti bieyhanny layan unya....semugo unya akan bahagia
disana......doa bieyhanny agar kita and bersua lagi suatu
hari nanti dan unya akan kembali ke rumah bieyhanny lagi
Amin........






pelangi rindu dari sang hujan!!!!!!

hujan pagi ini adalah utusan rindu
buat seseorang 

hujan pagi ini adalah deraian 
airmata kesal.....

hujan pagi ini adalah rahmat buat 
seluruh penghuni alam

Hujan pagi ini adalah utusan rindu
dari sang pelangi indah......

with love Bieytahanny

Isnin, September 26, 2011

HATI MENAGIS SIAPA YANG TAHU???????


salam semua blogers...entry kali ni sedih sikit and
masa bieyhanny buat ni pun hati masih lagi penuh
dendam kesumat bukan pasal gambar kat atas tu coz 
gambar kat atas tu takde kaitan ngan citer bieyhanny
just nak tanya korang.....apakah hukum ye bercampur
gaul lelaki & perempuan bukan muhrim walau pun 
hanya sekadar meraikan birthday kawan sama2????

Hukumnya tetap haramkan walau pun bukan
melakukan maksiat,tapi kadang ada segelintir orang
menganggap itu perkara biasa dan yang paling bieyhanny
dendam rasa cam nak bunuh je semua yang terlibat tu
buat perkara tu belakang kita dengan menipu kita.

Bila kita dapat tau tanpa kita mencarinya
bukankah akan mengundang syakwasangka kalau
kita lihat gambar@video orang yang paling kita sayang
dan percaya tergamak menipu kita hanya untuk menjaga
hati kawan2 yang konon2nya penyanyi rock sebuah
kumpulan yang agak terkenal juga suatu ketika dulu.....
benda jahat allah akan tunjuk tanpa perlu kita mencari
coz bieyhanny yakin bahawa dalam hal ni bieyhanny adalah
orang yang teraniaya dan allah akan makbulkan doa
orang2 yang teraniaya......

Entry kali ni betul jadi kat diri bieyhanny last year
and saat tu hanya allah saja yang tahu betapa hancur
dan remuknya hati seorang perempuan yang bergelar
isteri yang telah mengorbankan seluruh hidup untuk orang
yang paling di sayangi tapi akhirnya menipu bieyhanny
demi menjadi hati seorang kawan yang hanya hadir
di saat hidup kami mewah.....bieyhanny terkilan
dan sedih dengan "Dia coz sanggup ke tepikan bieyhanny
coz nak jaga hati kawan....saat tu terasa Bieyhanny ni
hina sangat sampai "Dia pun sanggup menipu Bieyhanny..

Saat tu airmata Bieyhanny bagai air sungai Nil yang deras
 mengalir tanpa ada arah dan tujuan....rasanya andai
bieyhanny di jemput malaikat maut Bieyhanny redha
cinta yang bieyhanny pupuk dengan sepenuh yakin
dan jujur akhirnya berderai bagai debu yang berterbangan
hanya kerna ingin menjaga hati seorang kawan ketawa 
sedangkan hati bieyhanny ni siapa yang peduli????

ketika itu Bieyhanny nekad untuk akhiri ikatan
ini coz rasanya cinta bieyhanny tersalah tuju
bieyhanny pilih orang yang salah and ikatan ini
 harus bieyhanny akhiri.......peritnya hati hanya allah
yang tahu...sakitnya jiwa hanya mati ubatnya......saat itu
bieyhanny hanya seorang isteri yang derhaka yang sanggup
pijak kepala "dia hanya untuk kepuasan sendiri
kerna "Dia yakin hanya itu saja cara untuk bieyhany maafkan
dia.....hati kecil bieyhanny berkata..kalau Dia harus
mati pun belum tentu akan bieyhanny maafkan Dia .

Dari saat ke minit dari minit ke jam,dari jam ke hari
dari hari ke minggu dendam bieyhanny masih belum
hilang dan sepanjang masa itulah bieyhanny jadi isteri
yang derhaka tanpa pedulikan Dia dan anak2.....
saat tu Bieyhanny benci semuanya,bieyhanny benci dia
bieyhanny anak2,bieyhanny benci takdir,bieyhanny benci
hidup hinggakan syaitan hampir2 berjaya pujuk
bieyhanny untuk menyekutu allah...tapi alhamdulillah
bieyhanny tahu allah masih sayangkan bieyhanny
maka allah lindungi bieyhanny dan allah hantar kurniaanya
melalui airmata anak-anak bieyhanny.......

Kini Bieyhanny dah maafkan Dia coz dalam
dunia ni Bieyhanny hanya ada Dia saja
kerna Dialah dunia Bieyhanny cuma bieyhanny
mohon pada allah janganlah diuji bieyhanny sebegini la
kerana jiwa Bieyhanny rapuh dan akan hancur bila
dendam kuasai diri...untuk dia ini yang pertama tapi
tak mungkin ada yang terakhir dan andainya Dia lukai
Bieyhanny lagi....Dia akan mati dalam Dunia Bieyhanny
buat selamanya......coz Bieyhanny unforgiving & unforgotten
anyway Bieyhanny sayang dia sepenuhnya coz
hanya dia yang Bieyhanny ada di dunia Bieyhanny
with love Bieytahanny

SUP KEPALA IKAN MERAH








Test