Khamis, Julai 26, 2012

AKU DILAYAN MACAM KUCING KURAP OLEH PEREMPUAN TU

Bulan lepas aku balik kampung niat hati nak jumpa ayah tersayang
coz dah rindu sangat nak lihat wajah ayah yang hampir setahun tak ku jumpa 
tapi alangkah sedihnya bila aku datang rumah ayah, perempuan tu ,usah nak pelawa
aku naik keluar pun tidak cuma adik tiri aku je yang keluar tu pun buat-buat cam tak kenal
aku je.....aku buat muka bodoh je tanya ayah ada ke tak coz aku lihat kereta ayah takde
...kata adik tiri ku ayah keluar hantar adik tiri lelaki pergi ke sekolah KAFA....

Aku tanya dia bila ayah balik,sedih jawapan yang aku terima katanya
ayah balik lambat so aku pun beredar tapi niat di hati ni masih lagi nak jumpa ayah
aku cuba call no phone ayah tp no tu telah di hentikan perkhidmatanya....sedih sangat coz tak 
dapat jumpa ayah.....ingat nak bagi duit skt untuk ayah buat belanja puasa,aku pun tak tahu 
kenapa perempuan tu jahat dan benci sangat dengan aku dan adik-adik padahal kalau balik
rumah ayah,aku keluar belanja sendiri sepanjang kat sana tak pernah mengharapkan perempuan tu
sediakan kami makanan..........nalah aku akan pastikan ayah dapat makan masakan 
yang enak-enak sepanjang aku kat sana..........

Dulu ayah pernah halau aku sebab perempuan tu tapi aku ni degil dan keras kepala
bila aku rindu kat ayah aku balik je rumah ayah lantak la kalau perempuan tu tak suka
lepas jumpa ayah aku blah la,aku bukan nak jumpa perempuan tu pun and  perempuan tu 
tak pernah pelawa aku bermalam kat rumah ayah tp aku buat bodoh je coz rumah tu aku yang 
tinggal kat sana dulu baru perempuan tu and rumah tu rumah ayah peduli apa aku  tapi kalau
balik dengan en hubby hairuddin shaari,dia tak benarkan aku melawan perempuan tu dan 
selalunya kami akan check in kat hotel......

Semalam aku call ayah coz aku dengar ayah masuk hospital tapi sugul je aku
dengar suara ayah bila aku tanya siapa yang jaga dia kat sana coz perempuan tu takde
pun jaga ayah.......aku geram sangat tapi apa yang mampu aku buat coz aku jauh dari ayah,
bila aku cerita pada adik lelaki aku,marah dia kat perempuan tu...ye la sekarang duit ayah dah habis
and harta ayah pun dah habis sebab  tu la aku rasa perempuan tu buat tak tau je ngan ayah,kalau dulu masa
duit ayah banyak pernah ayah masuk hospital dan adik perempuan aku nak jaga ayah tapi
perempuan tu tak bagi coz takut ayah bagi duit kat adiku tu.....pernah ayah bagi geran tanah
kat adik perempuanku tapi adik aku tak mahu coz tu hak ayah tapi sekarang semuanya dah
habis kena jual,tanah sawah,tanah kebun semuanya sebab perempuan tu.Dulu ayah pernah 
nak letakan aku sebagai pemegang amanah utk semua harta dia tapi aku tolak coz aku tak
nak nanti adik-adik aku salah sangka tapi kini semuanya lesap.

Sejak perempuan tu masuk dalam keluarga kami,ayah dah tak bertegur sapa dengan
semua saudara mara kami,ayah yang dulu tak pernah buat kerja-kerja rumah kini bagaikan
lembu yang di cuck hidung,mengikut je kata perempuan tu,pernah sekali aku datang rumah
ayah bulan puasa,hajat dihati nak berbuka puasa bersama ayah tp bila aku masuk ke dapur,
terkejut aku dengan keadaan dapur yang tak ubah bagai tong sampah....dengan muka sugul
ayah amsuk ke dapur....dari jauh aku dengar bunyi pingan mangkuk di cuci,bila aku ke dapur
rupanya ayah tengah memgemas dapur yang berselerak.....tak sanggup aku lihat 
coz air mata ni laju je mangalir, seumur hidup aku bersama ayah 22 tahun,aku tak pernah
lihat ayah buat kerja rumah,kini ayah bagaikan orang gaji kat rumah sendiri,perempuan tu 
masih lagi entah kemana.....

Pernah sekali aku buat kejutan balik untuk sambut raya tanpa bagi tahu ayah,tapi
bila aku tiba rumah ayah bertutup,puas aku panggil takde orang menyahut,lama juga aku keliling rumah
akhir ada kelibat orang buka pintu,rupanya ayah demam dan hanya tinggal sorang je kat rumah.
Tanpa buang masa aku menyediakan lauk untuk juadah berbuka and atas permintaan ayah,
aku masak ikan siakap stim dan siew pak choi masak sos tiram and bila waktu berbuka, .
perempuan tu tiba-tiba muncul dan cakap
ayah tak nak makan dan dari jauh aku dengar suara ayah cakap aku nak makan coz
anak aku yang masak...dengan muka bengang perempuan tu berlalu....aku apa lagi timbul
rasa busuk hati,tanpa buang masa kami dan ayah berbuka puasa petang tu 
dan aku tengok cukup berselera ayah makan and dek kerana busuk hati tu lah aku habiskan semua 
lauk pauk tersebut hingga licin biar padan muka perempuan tu,padan muka dia,dah la tak di pelawa
amik kau licin semua aku kerjakan.........en hubby pandang je aku tanpa kata apa-apa.
dan malamnya aku tengok perempuan tu makan nasi dengan budu je,padan muka dia.

Malamnya ayah minta aku masa mee goreng basah,so aku pun masak untuk ayah,oleh kerana
berbuka tadi aku dah busuk hati dan selepas solat maghrib hati pun dah bersih,aku pun
pelawa la perempuan tu makan,dia tolak pula,aku pun apa lagi habiskan semuanya sampai licin.
Seronok aku tengok ayah makan bertambah-tambah,berselera betul ayah malam tu walau pun
demam....and perempuan tu hanya masuk dapur untuk lihat sisa je,tu la lain kali jangan jual
mahal dengan BIEYTAHANNY,memang rugi besar.

Hari ni syukur pada allah ,tadi ayah mesej yang dia dah keluar hospital,mean ayah dah 
sihat la tu,alhamdulillah.Rindunya nak cium tangan tua ayah lagi.....rindunya nak lihat wajah
ayah yang sentiasa dihati walau pun di mana je aku berada....walau pun dia bukan ayah
idaman semua orang tapi aku bangga jadi anaknya cuma aku sedih kenapa takdir pisahkan
aku dari ayah hanya kerana perempuan tu?????

Rabu, Julai 25, 2012

DAGING GORENG BERSAMA PERIA,MENU SEDIH SETIAP KALI MASAK

Hari ni dah masuk hari ke-5 aku berpuasa dan hari ni aku masak menu special
coz menu ni mengingatkan aku pada ayah tercinta,kalau dulu masa tinggal bersama
ayah,ni la lauk kesukaan ayah kebetulan aku ada tanam sendiri pokok peria kat 
belakang rumah......ayah cukup suka kalau aku masak lauk peria goreng bersama daging.

Selalunya ayah akan petik sendiri peria dari kebun aku kat belakang rumah
untuk aku masakan peria goreng bersama daging tapi tu 15 tahun yang lepas tapi
kini semua dah tak macam dulu lagi sejak ayah kawen dengan perempuan tu hubungan
aku,adik-adik dengan ayah semakin renggang coz perempuan tu tak suka kalau
aku dan adik-adik balik rumah ayah.......bukan tak sedih bila teringatkan ayah tapi
hanya tuhan saja yang tahu.......

Hati ni menangis je setiap kali kalau aku masak lauk kesukaan ayah,kadang tu
sampai tak lalu aku telan teringat ayah suka sangat makan lauk yang aku masak
coz setelah arwah mak tinggalkan ayah ,akulah yang menjaga makan minum ayah....
bukan aku tak sayangkan ayah tapi hati ni sakit je setiap kali balik rumah ayah 
perempuan tu selalu je buat ayah benci kami adik beradik......

Sekarang ni kalau boleh aku nak jaga ayah untuk sisa usia ayah yang masih
tinggal tapi apakan daya perempuan tu telah buat ayah benci aku dan adik-adik.
kadang tu airmata ni mengalir tanpa aku sedar bila teringat ayah suka sangat makan
masakan yang aku masak dan yang pasti sekarang ni ayah tak akan dapat merasainya lagi.

Untuk ayah walau pun ayah marah aku,ayah benci aku dan ayah halau aku
tapi aku anak ayah yang tak pernah tahu malu dan degil,aku akan tetap singgah rumah
ayah setiap kali aku balik kampung walau pun kadang kala perempuan tu menyorok dalam rumah
tapi aku tak kisah sebab aku bukan nak jumpa dia tapi aku nak jumpa ayah.....hubungan aku
dan ayah tak kan putus sampai bila-bila coz tanpa ayah tak ada aku di dunia ni cuma
aku terkilan coz tak dapat lagi nak masak makanan kegemaran ayah ......

Kadang tu hati aku sakit je bila orang kampung selalu cerita yang perempuan tu 
tak tau jaga ayah dan tak pernah masak makanan yang sedap dan berkhasiat 
untuk ayah tapi apa daya aku lagi coz ayah bukan milik kami lagi.
Aku cuma nak ayah tau yang aku sayang sangat kat ayah dan sayang aku ni sampai 
aku mati tak kan pernah berubah .

Jumaat, Mac 09, 2012

APA PUNYA SWEY DAPAT JIRAN SUKA LAGAKAN ORANG


Salam uols dah bersawang pun blog bieyhanny ni,mana tak nya tuan dia ni
sayik moody je memanjang.......kejap ok kejap kan KO...eh tapi masih lagi alive you.
bukan apa semenjak dua tiga menjak ni hati kemain sakit lagi ngan  perangai jiran
C@#@&^ ni ada je nak jaja cerita pasal bieyhanny sana sini.....hello bieyhanny ni tak suka
campur urusan korang so mind yor own bizness la setan......

Kalau pepagi tu bangun je tidur tu takde kerja lain memasing semuanya tempah
tiket nak ke neraka je(mengumpat)hellloooooo bieyhanny nak pakai selipar yang harga RM100
ke rm10 ke ada ke bieyhanny datang minta duit laki korang????hey bieyhanny ni walau pun tak
kerja office tapi bieyhanny ada gaji bulanan ye bukan cam korang tu hanya tahu mengumpat hal orang je,
cuba la korang jaga laki memasing, ni duk sibuk nak jaga rumahtanga bieyhanny buat apa???
ada ke pernah bieyhanny minta duit ngan korang 10sen??
takde kan so leave my family alone S@#%.

Ada yang lahabau sebelah rumah ni lagi la perangai  Cam S@#& nak jaja cerita family bieyhanny
buat apa,kalau laki ko yang malas nak kerja makan hasil bini apa kena mengena ngan family bieyhanny????
sebab ko tu sayang takut tak dapat P@#$R tu yang laki cam sial pun kau tatang juga,
dulu masa ko tak deduit anak nak ke sekolah sapa yang bagi pinjam???
bieyhanny ni dah tolong ko macam2 sampaikan kasut
kat kaki ko tu pun bieyhanny yang belikan tapi pernah ko hargai????
bukan bieyhanny nak mengunkit tapi terkilan sesangat dengan jiran yang dengki
 dengan kesenangan yang tuhan bagi kat keluarga bieyhanny.

Kalau ko pun nak senang cam family kami,ko suruh la laki ko yang makan
hasil bini tu cari kerja and ko tu tak yah la duk canang kat orang pasal family kami coz
 tak pernah sebutir nasi ko pun yang masuk ke perut bieyhanny,apa yang ko
tak puas hati sangat ngan family bieyhanny hah sial????/lepas  kena
serang hari tu apa ko rasa???berani lagi ke nak mengata family bieyhanny???
nasib baik en hubby yang leraikan kalau tak mesti tangan &
kaki bieyhanny naik ke muka ko......tahu pun ko takut kan,tak berani pula
ko keluar rumah masa bieyhanny panggil,kalau ko tak salah buat apa takut???
Yang laki ko yang dayus tu tak yah la ye nak gantung parang ke bagai kat
depan pintu kami sikit pun tak takut,konon nak tunjuk yang ko tu
samseng la,hey sikit pun bieyhanny tak takut ye coz en hubby local people ye ko tu
jangan berlagak,kalau 
ko tu berani sangat apsal masa budak-budak bieyhanny datang ketuk pintu rumah ko,
ko kejut lari sembunyi???kalau ko anak jantang keluarlah...
so lain kali jangan nak berlagak ngan bieyhanny ye,bieyhanny
kalau buat 1 call je ber100 budak -budak bieyhanny yang datang.

Ko jangan ingat ko kerja tarik kete xsiden ko hebat,ko jangan ingat ko
kawan ngan polis je ko hebat bieyhanny kalau call Orang besar KPDN pun boleh ye,
ko ingat kalau ko balik kelantan ko boleh besar kepala ke????
kalau ko nak merasa kena belasah ngan gengster kat sana ko cakap la katne bieyhanny atur
budak -budak bieyhanny kat sana,ingat jangan sampai ko tak boleh jejakan kaki ko kat sana dah le.
ingat ye jiran tak guna next time jangan nak cari pasal ngan bieyhanny
coz bieyhanny tak pernah nakcampur urusan hidup ko..kalau laki ko
yang malas nak buat kerja and makan hasil ko itu bukan masalah
bieyhanny coz laki bieyhanny sibuk majukan keluarga kami tanpa ada
 masa nak campur urusan hidup
korang pun so jangan cari pasal dengan kami nanti buruk padahnya.....

P/S: tolong jangan campur urusan hidup family kami coz ko takde kena mengena pun dengan
family kami(bukan sedara pun)kalau sedara pun bieyhanny takkan mengaku sampai mati.
ko nak ke bieyhanny panggil orang tangkap laki ko yang ketagih pill khayal tu???ko ingat
bieyhanny tak tau ke sapa laki ko???jangan sampai bieyhanny suruh orang tangkap laki ko,
karang ko tu menangis keluar airmata darah coz tak merasa nafkah batin lagi ko nak ke???/




Khamis, Mac 01, 2012

AKAN AKU ARWAHKAN KAU



SALAM UOLS...SAKITNYA HATI NGAN PRINTER BURUK NI
dah la bieyhanny ada urgent nak print surat pengesahan penempatan BOyfren kecik
untuk darjah 1 tahun depan coz esok nak bagi kat sekolah untuk di daftarkan,di buruk ni
pula buat hal....dari 2,3 bulan lepas lagi bieyhanny dah nak Arwahkan dia tapi pandai pula
dia berkelakuan baik...nak pujuk bieyhanny la konon supaya tak ARWAHKAN dia.

Tapi hari ni memang tahap kemarahan bieyhanny dah naik tahap maksima dah ni,
walau apa pun yang terjadi, hujung bulan ni memang akan bieyhanny ARWAHKAN dia
tak yah la dia nak berkelakuan baik tahap dewa pun tak mau,akan bieyhanny campakan
dia dari tingkat 2 apartment bieyhanny ni biar dia hancur berkecai pastu kasi pijak lagi sampai
lunyai.......memang bieyhanny marah sangat bukan tak kenang budi tapi memang dah benci menyampah
tahap gaban dah ni.......ada ke patut dia main cak cak pula ngan bieyhanny,kejap dia nak alim
kejap lagi nak bohsia tak boleh pakai...hish pantang keturunan bieyhanny di permainkan........


Ni dia yang bakal gantikan si buruk tu,tengok la cantik gilos tu......nah rasakan kau
si buruk yang comot lagi hodoh,akan bieyhanny ARWAHKAN kau betul-betul kali ni
biar kau lenyap dari muka bumi ni........

Isnin, Februari 27, 2012

LIHATLAH DUNIA,BETAPA TERHARUNYA DAPAT 20 HENGET




BISMILLAHIRAHMANIRAHIM......

Salam ouls...terharu sesangat bieyhanny hari sampai tak tau nak kata apa
dah cam menang anugerah kat Akademy award gitu.....rasa bagai nak bentang
red carpet lagi and jalan sambil lambai tangan kat peminat.......hehehe sory berangan 
jap tadi ekceli bieyhanny nak cerita pasal hari ni bieyhanny terima RM20@duploh hengit
lumayan tu ko ado???
Bukan sebab bieyhanny dapat discount rm20 tu...no no tidak sama sekali
apalah sangat kalau dapat diskaun rm20 tu berbanding apa yang bieyhanny terima.

Bukan jua sebab bieyhanny terima duit baru rm20 henget ni.....
kalau setakat nak dapat rm20 henget kat atas tu anytime je boleh coz
kat bank berlambak,pergi je la tukar......tapi 20 henget yang bieyhanny dapat tu
adalah dapat hasil usaha bieyhanny selama seminggu bergelar usahawan Roti ye
tapi bukan bengali roti........tepat jam 6.00pm tadi terharu sangat coz
pembantu cikgu sekolah tadika Boyfren kecik call cakap nak bayar duit roti
yang bieyhanny ambil tempahan hari tu......20 henget ko bangga mak kejap...
Dengan kembang kempis lubang hidungnya bieyhanny jalan kat depan kucings ni
tayang duit 20henget tu..(coz hanya kucings ni je yang ada kat umah waktu ni)hehehe

Ingat bieyhanny nak framekan lah duit pertama hasil dari bergelar usahawan roti
tu.....cam en crab dalam cite spenge bob tu.......nanti boleh la tunjuk kat anak cucu selama
7 keturunan.......lihatlah dunia bieyhanny dapat 20 henget hasil dari jual roti......
cam over sangat la kan bieyhanny ni,cam la tak pernah pegang duit 20 henget.....

Bukan sebab 20 henget tu yang buat bieyhanny bangga tapi hasil usaha buat roti
selama seminggu akhirnya ada jua dapat hasilnya....bieyhanny bukan tak pernah dapat 
duit 20henget malah gaji bieyhanny bulanan pun rm1000++ walau pun duk rumah je
cuma selama hari ni bieyhanny minat dalam bidang pembuatan makanan akhirnya
dapat la duit dari hasil tu.......bangga sesangat walau pun dah banyak kerja yang bieyhanny
buat and upahnya lumayan tapi tak dapat tanding kepuasan bila dapat 20henget hasil dari jualan
roti yang pertama tu.....

P/S: Kita kalau buat sesuatu yang benar-benar kita minat walau pun upahnya
sedikit tapi kepuasan tu terasa.......dengan kata pembantu cikgu tu nanti nak tempah
lagi coz roti yang bieyhanny buat tu takde jual kat tempat lain dan rasa dia unik(bukan bieyhanny cakap)
begitulah hasilnya selembut ulian doh yang ikhlas maka terhasilah roti yang enak lagi unik....
Nanti duit tu bolehlah bieyhanny kumpul tuk beli Nikon  tu....hehehehe
go go caiyo bieyhanny........

Jumaat, Februari 24, 2012

SURAT BUAT SANG BINTANG


Salam bintang yang cantik dipagari bulan nan sentiasa setia menemani
hari ni 31 Dec 2011 tepat jam 12.00am aku nak raikan hari yang penting
buat seseorang yang sangat aku sayang tapi saat itu juga aku ada tulis surat untuk dia
tapi aku mau surat ni kau si bintang cantik yang sampaikan buatnya...begini isi surat tersebut....

Assalamualaikum insan hebat yg telah berjaya buat aku jatuh cinta.....
bintang yang cantik tolong sampaikan padanya.....aku mohon maaf dari
hujung rambut hingga hujung kaki andai selama 13thn ni dia hidup bersama aku,
aku banyak mencampuri urusan hidupnya....

Bintang yang cantik bilang padanya:
Maaf jua aku pinta andai selama 13thn ini,aku selalu buat dia
susah dengar cara aku menegur kesalahan yang dia buat..

Bilang jua ye si bintang cantik....
aku mohon maaf yang tak terhingga andai segala kerisauan
aku selama ini buat dia terasa hati,bukan niat aku mencamppuri usrusan hidupnya
tapi kerna sayang maka itu ku lakukan...
kerna aku tak sanggup lihat dia kecewa setiap kali gagal dalam urusan hidupnya
Dan maaf jua andai setiap kata-kata yang aku ucapkan selama ini
telah banyak menguris hati dan perasaanya kerana aku sedar aku tak pernah
sempurna untuk sesiapa pun....

bilang jua....
Dan kerana sedar diri itulah aku relakan apa saja yang bakal dia
buat selepas ini tanpa ada aku lagi dalam urusan hidupnya...kerana aku
sedar selama 13th dia bersama aku,aku tak pernah buat sesuatu yang
bisa buat dia bahagia kerana aku tahu aku tak sempurna cuma aku nak dia tahu
yang aku cukup bahagia dan bertuah sangat ada dia dalam setiap nafas yang ku hembus
kerana bagi aku hanya dia yang aku ada dan dia adalah DUNIA aku sampai
AKHIR NYAWA ini walau pun aku tahu dia bukan milik aku selamaya
Aku cuma mahu dia tahu bahawa dalam dunia ni aku hanya ada dia seorang sebab
orang lain tak pernah sayang aku seperti dia sayang aku......

Sampaikan padanya ye si bintang cantik......
Aku mohon maaf kalau selama 13thn ini aku telah banyak menyusahkan
hidup dia dengan sikap aku yang sukar untuk di fahami.
Maaf andai kerisauan ini menyusahkan hidupnya
maaf andainya sayang ini menganggu urusan hidupnya
maaf andainya cinta buat dia terluka.......

Maaf andainya selama ini aku bukan insan idaman dia kerana
aku tahu aku memang tak sempurna tapi aku akan berusaha untuk jadi
yang terbaik cuma terimalah aku seadanya sebagaimana aku terima dirinya seadanya
dan jangan pernah sesekali minta aku untuk jadi orang lain kerana aku tak mungkin
jadi orang lain hanya untuk menjadi wanita idaman semua orang kerana saat dia
dia menerima aku...itulah aku seadanya....

Bintang sayang minta sama bayu bisikan ke telinga dia::

Aku mungkin bukan wanita idaman dia kerana aku tak pernah sempurna
tapi aku tahu aku mampu jadi yang TERBAIK andai dia terima aku seadanya
tanpa bandingkan @paksa aku jadi oarang lain kerana aku tak pernah paksa
dia untuk jadi orang lain........aku terima segala kekurangan dirinya seadanya....


Sang bayu bisik jua......
Aku mahu dia tahu bahawa :-
DALAM DUNIA NI AKU HANYA ADA DIA TAPI AKU TAK TAHU
APAKAH ADA AKU DALAM DUNIA JUGA???/DAN DI SUDUT MANA 
HADIRNYA AKU DALAM DUNIA DIA......MUNGKIN BAGI ORANG LAIN
DIA HANYA INSAN BIASA TAPI BAGI AKU DIA ADALAH DUNIA
YANG TELAH AKU HUNI DULU,KINI DAN HINGGA HUJUNG USIA

Khamis, Februari 23, 2012

SALAHKAH AKU BERSUARA??????


Dalam dunia ni tak seorang pun yang benar sayang bieyhanny
sebagaimana sayangnya arwah ibu dan sayang allah...
walau pun orang yang bieyhanny sayang sepenuh jiwa dan nyawa.
Andai ini takdir yang terpaksa bieyhanny lalui hidup yang sepi dan sunyi
ini sendiri hingga akhir nyawa,bieyhanny redha tapi bieyhanny bukan pasrah,
andai itu kebahagiaan buat bieyhanny.

Kalau dulu bieyhanny di dunia ini sendiri dan kini bieyhanny terpaksa
melaluinya malah esok di sana pun bieyhanny sendiri,bieyhanny terima
takdir ini tapi jangan dan jangan sesekali kau ambil kasih sayang-mu
dari bieyhanny ya allah kerana hanya kasih sayang-mu saja yang bieyhanny
ada dan yang akan kekal bersama bieyhanny selamanya kerana SALAHKAH bieyhanny
jadiorang yang.......
Give but don't allow yourself to be used
Love but don't allow your heart to be abused
Trust but don't be naive
Listen but don't lose your own voice to others

Untuk dia susah sangat ke nak faham bieyhanny ni??????
salah ke kalau bieyhanny mendengar tapi bersuara pada benda
yang sepatutnya jadi hak bieyhanny????

Rabu, Februari 22, 2012

RINDU BERTANDANG LAGI!!!!!!!


Hari ni tiba-tiba lak bieyhanny rasa rindu yang teramat sangat 
kat arwah ibu sampai bieyhanny nangis.....rasa cam selama ni
ibu ada je bersama bieyhanny.....

Kalau dulu rindu kat arwah ibu tak tau nak cari ibu kat mana....
lama juga bieyhanny pendam perasaan rindu ni dan tak henti berdoa
pada allah agar hantar ibu pada bieyhanny.......alhamdulillah doa
termakbul, bieyhanny jumpa balik ngan ibu tapi sayangnya jodoh bieyhanny
ngan ibu tak panjang....bieyhanny sempat hidup balik dengan ibu hanya 3 bulan 
je, lepas tu ibu jatuh sakit dan nyanyuk......maybe perubahan cuaca kot....
cuaca kat selangor tak sesuai dengan ibu.....lepas sakit sebulan...
ibu pergi tinggalkan bieyhanny selamanya...sedih hati hanya allah je yang
tahu, dah lama kami terpisah tapi bila dah bersama umur ibu tak panjang pula.
Tapi bieyhanny redha atas  ketentuan allah.

Kini dah 10thn ibu pergi tinggalkan bieyhanny tapi rasa cam
baru semalam je .......rasanya banyak yang belum bieyhanny buat untuk
ibu dan selama ibu hidup bieyhanny tak pernah ada kesempatan nak
ucapkan terima kasih pada ibu keran lahirkan bieyhanny....ibu awesome sangat
walau pun kadang bieyhanny tak faham apa yang ibu nak sampaikan coz
pelat Thailand ibu tu bila cakap melayu......tapi bieyhanny bangga sangat ada
ibu yang hebat macam ibu dan perpisahan kita bukan salah ibu,bieyhanny tahu.

Sayang bu bieyhanny tak pernah ada gambar ibu dan segala wajah ibu
hanya ada di ingatan bieyhanny je.....bu,bieyhanny nak sampaikan yang bieyhanny
bangga dan bersyukur sangat coz ibu pilh islam untuk lahir bieyhanny.
Bieyhanny bangga sangat jadi keturunan ibu sebagai seorang muslim walau pun bieyhanny
tahu asal keturunan kita dulu......terimah kasih bu kerana lahirkan bieyhanny
sebagai seorang muslim......


Kasih,sayang,cinta & rindu bieyhanny takkan pernah hilang
atau pudar buat ibu......walau pun ibu pernah tinggalkan bieyhanny
tapi kasih bieyhanny tak pernah berubah walau pun seribu lagi ibu yang datang dalam 
hidup bieyhanny..........andai roh ibu mendengar...bieyhanny sayaaaaaaaaaaaang 
dan rinduuuuuuuuuuuuuuu sangat kat ibu.....kasih dan sayang bieyhanny sampai syurga.
al-fatihah buat ibu Rabiah Aorowit Manthorntee Abdullah
semoga roh ibu di tempat bersama orang-orang mukmin yang solehah
amin ya rabbal alamin.....

with a lot of love Bieyhanny Manthorntee




WORLDLESS WEDNESDAY




Test