An ordinary woman try to be perfect for her family coz they are my everything my life, my soul my heart and my world to create a memorable moment with them for the rest of my life.
Rabu, Januari 25, 2012
SEPETANG DI TAMAN BUNGA OPAH
BUNGA RAYA
BUNGA TAK TAU NAMA TAPI
BIEYHANNY PANGGIL BLUE BELL
INI BUNGA DURI-DURIAN KOT
COZ POKOK DIA PENUH DURI
INI BUNGA TELANG@BUNGA NASI KERABU
COZ BILA NAK MASAK NASI KERABU
BOLEH GUNA BUNGA NI UNTUK PEWARNA BIRU
YANG NI DAUN SIRIH....BANYAK KHASIATNYA
BUNGA SENDUDUK PUTIH....BAIK
UNTUK AWEK MUDA KALAU MAKAN KELOPAK
DIA DAN BIEYHANNY DAH CUBA....LIHATLAH
WAJAHKU AWEK MUDA KAN????(PERASAN)
NI BUNGA APA TAH LUPA NAK TANYA
OPAH(MAK MENTUAKU)
OF COZ RAMBUT GADING KAT KEBUN OPAH
MASA NI BIEYHANNY PANJAT TAPI
TAK BOLEH LE SNAP GAMBAR BIEYHANNY SEKALI
AURAT YOU!!!!
BANYAK GILE BUAHNYA DAN HANYA
BIEYHANNY JE YANG RAJIN AMIK BUAH NI
NI BUNGA BIEYHANNY TAK TAU NAMA
YANG NI BUNGA BURUNG HANTU
COZ KALAU KAT KAMPUNG BUNGA NI
SARANG BURUNG HANTU....TAPI SEKARANG
DAH GLAMER.....
BUNGA APA EH????
TERBAIK LANDSKAP RUMAH OPAH
Isnin, Januari 23, 2012
PEGRH....... PENATNYA BARU BALIK BERTARUNG
Antara barisan pendekar masa kini...
Yang bertarung ni sebenarnya 4 orang
tapi bila snap nampak 2 je....pelik tapi benar
Yang pun sebenarnya 4 orang
tapi cuba tengok ada 3@4????
ni pun sama....gambar ni nampak jauh
walau pun bieyhanny zoom habis
and jarak bieyhanny ngan padang tu cuma 2 langkah je
Yang ni baru nampak 4 orang
Mana perginya yang pakai baju merah tadi?????
Nampak tak yang baju merah tu ada pula
cuba perhatikan betul-betul
yang ni jelas coz masa nak snap tu
bieyhanny masuk ke kawasan gelangang
Yang ni pun sama
Yang ni pun
Yang paling handsome yg tepi tu
my boyfriend la....dia salah sorang guru
yang mengajar silat ni....Silat Garik
untuk semua yang minat silat jangan lupa pada 28/01/2012
di Taman subang baru PKNS
kampung subang ada demostrasi seni silat Garik
sempena Hari sukaneka Warga Taman subang Baru.....
Anda boleh saksikan sendiri kehebatan seni silat Garik tersebut
Yang Bukti Kamera Bieyhanny tak Rosak coz
gambar ni Bieyhanny snap kat padang yang sama tapi
terang & jelas......so jangan biarkan minda anda
di selubungi misteri coz ini bukan fantasi tapi realiti but
bukan rancangan realiti ye!!!!!!!!!
Ahad, Januari 22, 2012
KENANGAN LALU.......BUAH GETAH
Rindu bieyhanny nak tengok buah getah ni,
rasanya dah lama tak sentuh buah getah ni.
kalau dulu buah getah ni la permainan bieyhanny
dan rakan-rakan waktu kecil-kecil dulu......
Seronok bila ingat kembali kenangan lalu
bila main congkak pakai buah getah ni...buah dia
best je bila kita main congkak pakai buah getah...
kalau dulu main congkat kat bawah rumah je...lubang congkak
pun gali kat tanah je ...bila habis main tutup je ngan guni
takut masuk sampah tapi sekarang mana ada lagi
budak-budak zaman moden ni pandai main congkak
kat tanah pakai buah getah????
Jumaat, Januari 20, 2012
DUIT BUKAN SEGALANYA
kalau masa takde, duit berjuta pun tak guna
kalau takde duit ada masa & kasih sayang
itu yang akan buat aku bahagia hingga ke akhir nyawa
so jangan buat masa aku kurang maka akan aku buang
semua perasaan kasih dan sayang.........biar tak de duit tp cukup kasih sayang
itu yang tak pernah aku kecapi sejak dari dulu.......
kalau duit itu penting bersdialah untuk kehilangan
aku untuk pertama & terakhir kali>...............
Selasa, Januari 17, 2012
BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG
Gejala sosial yang semakin menular dalam
masyarakat kita hari ini amat membimbangkan
bieyhanny coz bieyhanny ada 4 anak yang sedang
membesar....takut ada,bimbang pun ada,risau usah
cakaplah sentiasa menghantui minda bieyhanny
kadang tu bieyhanny selalu berfikir mampukah bieyhanny
mendidik anak-anak bieyhanny sebaik arwah ibu ???
atau layakah bieyhanny untuk memberi contah yang baik
buat anak-anak bieyhanny sedangkan bieyhanny sendiri
lahir dari keluarga yang kucar-kacir?????
Apa pun kita kena kembali kepada akidah kita,
dulu bieyhanny membesar tanpa didikan seorang ibu
coz ibu bieyhanny tinggalkan bieyhanny semasa umur bieyhanny
13th tapi rasanya akidah yang telah arwah ibu terap dalam
diri bieyhanny kuat walau pun ibu seorang mualaf maka
bieyhanny terlepas dari jerat syaitan yang menyesatkan...
Bieyhanny merantau seawal usia 19th ke kuala lumpur
membawa hati yang lara setelah kecewa dengan pemergian
ibu tercinta meninggalkan bieyhanny dan ayah telah membawa
penganti ibu yang tak mungkin bieyhanny terima tapi
walau pun jauh di perantauan bieyhanny tak pernah terfikir
untuk menyalahkan kedua ibubapa untuk menjadi bohsia
atau mengamalkan cara hidup liar......kerana akidah bieyhanny
kuat mengatakan bahawa itu bukan pilihan yang baik untuk
bieyhanny dan semuanya akan mendatangkan seribu
sesal di kemudian hari dan untuk itu kita kena berani berkata
TIDAK pada pengaruh yang akan merosakan kita......
Kadang bieyhanny sedih bila baca "paper' tentang masalah
sosial yang melanda gadis-gadis melayu bila di ajukan
soalan kenapa terlibat dengan masalah sosial dengan tanpa
segan silu menjawab masalah penceraian 'parent' punca mereka
terjebak......kalau bieyhanny yang jadi wartawan tersebut
rasanya nak je bieyhanny sepak muka mereka.....
mereka sepatutnya bersyukur kerana parent mereka ada
bersama dan still boleh jumpa tapi bieyhanny kehilangan ibu tercinta
selama hampir 10th tanpa khabar berita sama ada hidup@mati
tapi bieyhanny tak pernah menyalahkan parent bieyhanny malah
bieyhanny bersyukur atas apa yang berlaku dan bieyhanny jadi
tabah serta matang dalam membuat keputusan......
Bieyhanny bersyukur sangant takdir bieyhanny
lahir sebagai muslim walau pun keturunan arwah ibu
bukan seagama bieyhanny......islam adalah anugerah dan panduan
hidup yang paling sempurna untuk setiap insan......
Ahad, Januari 15, 2012
กลับคำเสีย - เสก โลโซ
Bieyhanny sedih sangat bila dapat tau dia terlibat
dengan dadah dan tengah menerima rawatan di salah
sebuah hospital persendirian kat Thailand....tambah
sedih bieyhanny dengar bila isteri dia yang tercinta juga
ingin berpisah atas apa yang berlaku ke atas dia......
Mana perginya janji setia isteri dia yang
sanggup bersusah senang bersama???? sepatutnya
isteri dia bagi dia sokongan untuk merawat ketagih dadah
bukanya tuntut cerai dan tuntut harta benda dia.....tapi
bieyhanny salute keluarga sookpimay(mak,adik& abang dia)
yang sentiasa ada di saat dia susah bukan macam keluarga
sebelah isteri dia yang hanya bersama dia ketika senang
Apa pun harapan bieyhanny agar SEksun@sekloso
akan pulih dari ketgih dadah dan kembali ke pentas
hiburan dengan lagu-lagunya yang hounted tu.
Dari bieyhanny:no matter what had happen
i will always be by your side for better or worst
Langgan:
Catatan (Atom)
Test
-
Test
-
Tanggal 14 jan 2020 satu2 nya adik lelaki aku telah di jemput allah pada usia 39 tahun

