Isnin, November 04, 2013

Kelas kuih tradisional

Hari ni aku buat kelas masak kuih tradisional bukan orang lain yang jadi pelajar tapi anak-anakku....aku tak nak mereka hanya tahu makan je tapi bila aku dah expire dan lupus takde orang yang tau buat.

Lagi satu kuih muih tradisi ni kan warisan kita ,kalau kita tak pelihara siapa lagi....takut nanti khazanah yang berharga ni hilang di telan zaman bila mati nya orang-orang yang berusia...rugi kan anak cucu kita tak dapat lagi menikmati juadah yang tradisi yang super enak ni.

Semua kerja jadi senang dan mudah sejak ku beli pengukus elektrik Trio tu. Segalanya cepat dan menjimatkan masa.

Ahad, November 03, 2013

The winner of Retro Night

Salam semua entry ni tk nak tulis banyak just nak bagitahu yang aku menang lagi untuk acara pakaian Retro....juara lagi you.

Walau pun aku ni di panggil 7Dragon  di kalangan ladiez tapi aku ni happening gak la nama je gemPak orang nya baik.....cewah naik lift tekan sendiri....

Aku sebenarnya tkde idea nk pakai apa malam tu just geledah my gubok then jumpa baju polkadot and dress tu so mix and match je la....

Rambut tu ekceli my staff yang punya coz hari tu aku gi office nampak gambar dorang pakai rambut tu so aku pinjam je la.....

Masa mula nak pakai rambut tu my hubby bising je coz malu orang duk pandang kami masa berhenti kat traffic light..oleh kerana namaku kan 7 Dragon so ada gua kisah ke orang pandang .....padahal dalam hati tu nerves hanya allah je yang tahu.

Masa sampai kat dewan tu acara dah mula ,tau-tau la kan mesti org dah penuh dewan so mengigil gak la kaki nak melangkah....nasib baik la aku terpaksa jaga meja pendaftaran so tak perlu masuk dewan dulu.....tapi masa tu juri ada at luar mereka kata apa lagi aku pose le maut kasi juri bagi markah tinggi...hehehe

Tiba-tiba mc lak panggil semua peserta pakaian retro untuk naik pentas wat catwalk....aduh kuar peluh jantan juga le tapi oleh kerana ku kan 7 Dragon ..ada gua kisah....bila naik pentas mc suruh lak kami buat tarian retro....YB and vvip semua senyum je tengok aku ,riuh dewan ngan sorakan.

Bila tengok YB and VVIP senyum ,aku tahu chance aku memang cerah coz hanya aku je yang pakai rambut alfro tu...

Akhirnya aku di umumkan juara setelah mc minta kami bertiga catwalk..... dan ni lah hadiah yang aku menang...walau pun last minit kena balik rumah tukar baju dan terpaksa datang lambat tapi aku puas hati sangat coz akhirnya i am the Retro dress winner.

Thank you pada juri yang mengundi aku and thank you pada yang sponsor hadiah....memang aku suka sangat hadiah tu coz belum ada dalam koleksi 7 Dragon's kitchen.....

Ps: moga tahun depan aku still lagi AJK sana so boleh join lagi...

Sabtu, November 02, 2013

Akulah Sang Juara

Semalam tabika kemas taman subang baru ada buat malam konvo untuk murid2 yg dah tamat belajar kat situ so cam biasa la untuk meriahkn lg program di adakan pertandinqan masak puding...ku cam biasa la every year akan turut serta

So tahun ni aku masak puding karamel juga macam tahun lepas cuma tahun lepas puding karamel durian and tahun ni aku masak puding karamel jagung dan peanut butter cuma takde idea nak buat puding lain cuma bahan mentah tkde so ku selongkar je apa yang ada kat dalam peti simpanan makanan kami so jumpa jangung kenel tu 2 tin and telur kat peti ais ada dalam 20 biji so separuh ku ambil la dah siap bancuh semua rasa cam tk cukup sedap, terpandang pula peanut butter ku ambil 3 sudu makan just blend dengar puding td and kacau sebati then bakar dlm oven dengan cara steamboiler....maka jadilah puding yang juara ni yAng ku beri nama puding karamel jagung peanut butter

So malam tu sejarah terukir lagi aku menang tempat pertama untuk acara puding dan aku adalah juara puding anjuran kemas ni 2 tahun berturut-turut.....Tahniah untuk diri sendiri berkat suka ke dapur dan suka mencuba resepi baru maka aku juara lagi.

Malam tu juga ku gondol juara dalam acara lain juga....nak tahu acara apa???? Tunggu next entry....daaaa

Test