Khamis, Ogos 30, 2012

RAYA YANG TAK BERAPA NAK RAYA

Salam semua nak citer pasal raya coz semua orang duk citer
pasal raya tapi tahun ni raya aku tak berapa meriah coz aku terpaksa sambut
raya terakhir kat rumah merah ku ini.....oktober ni aku kena pindah rumah
coz en suami rasa rumah ni dah tak dapat nak tampung kami sekeluarga coz
anak2 pun dah semakin membesar and ruang dah makin sempit.

Sayang tu memang la sayang tapi apa nak buat coz jodoh dah habis
ngan rumah merah ni and sedikit masa yang tinggal ni terpaksalah aku
manfaatkan betul2 bersama rumah tersayang coz lepas ni kami dah bercerai talak 3
and tak boleh rujuk lagi(bukan aku cerai ngan suami ye).

Raya tahun aku mogok tak buat kuih raya walau pun ku punya oven 
sebesar mesin basuh 9kg tapi 1 biji biskut pun haram aku buat.....baju raya pun
beli last minit je tu pun lepas di pujuk en suami bawa aku pergi kompleks PKNS
Shah Alam.....sempat la juga aku grab 2 pasang ...

Raya tahun ni aku balik Kg en suami,Kg gajah perak.
untuk raya tahun ni tak banyak cerita yang dapat aku kongsi and
gambar pun tak banyak yang dapat aku upload.....untuk mengubat luka hati
ni je lah gambar yang sempat aku snap.


Biarlah gambar yang berbicara.....gambar aku takde ye.

Isnin, Ogos 27, 2012

HASAD DENGKI PUNYA MANUSIA SANGGUP MENYEKUTU ALLAH


sSalam semua rasanya dah berabad aku tak jenguk blog ni
kalau rumah rasanya dah penuh sawang dan habuk,bukanya tak sudi
nak berblog lagi tp keadaan tak mengizinkan coz bz dengan keluarga
and bizness onlone almaklumlah dah jadi surirumah ni kenalah tingkatkan
usaha dalam bizness online ni kalau tak tak merasa la nak pakai pinggan magkuk 
yang harga beratus 1 set and pakau bekas plastik jenama tupperware,bukan duit
yg suami bagi tak cukup cuma banyak keperluan lain yang harus di dahulukan....

Dalam hidup ni kenapa dan mengapa manusia sering ada iri hati dan hasad dengki
bila tengok orang lain hidup senang dan berjaya?????pelik kan perangai orang ni.
aku salah sorang yang terkena dengan manusia yg penuh dengan iri hati dan hasad
dengki sampaikan ada tu yg sanggup menyekutu allah semata-mata nak tengok
aku dan keluarga jatuh!!!!!!dunia...dunia.

cerita ni berlaku seminggu puasa masa tu malam anak2 lelaki ku ni suka
sangat main mercun pop and selalunya dorang main dalam rumah je dan aku
selalu lah marah coz habis bersepah rumah dek habuk mercun pop tu,aku halau dorang
 main mercun tu kat luar so tak payah nak kemas coz esok pagi ada cleaner yang 
akan sapu and masa tu lah anak2ku nampak ada seorang lelaki yang tak di kenali
cuba nak menanam benda kat dalam pasu pokok pandan aku(sila rujuk gambar)
bila lelaki tu nampak anak2ku segera dia beredar and anak2ku masuk ceritakan apa
yang dorang nampak so aku pun amik air bacakan surah yasin and siram pokok tersebut
bukan apa sekadar sebagai pelindung mana la tau kot barang yg cuba di tanam tu
ilmu hitam.....aku sebenarnya malas nak layan benda2 cam gini dan sukar nak percaya
tapi bila dah terkena tu rasanya baik aku berhati2....

Ku ceritakan pada mak mentua pasal kejadian tersebut and mak suruh aku buang je
pokok pandan tu......sayang rasanya nak buang coz dah banyak jasa pandan tu 
pada aku lantak lah dorang nak tanam apa,aku yakin allah akan sentiasa
melindungi aku sekeluarga......

Aku yakin selagi aku berpegang teguh pada akidah islam selagi itulah
aku dan keluarga akan selamat dari sihir iblis durjana yang bersumpah akan
menyesatkan keturunan adam.

Test