Isnin, Februari 03, 2020

Isnin, Oktober 21, 2019

Terima kasih teman

Kadang balik kg aku rindu bau rumput waktu perhimpunan di padang sekolah
Aku rindu  bauan harum bunga tembesu sepanjang jalan lalu kot alik  jatuh
Pastu aku rindu bunyi daun2 getah kering di pijak waktu musim luruh
Aku rindu keno hambat dek tentera angsa makcik esah tapi tu la kenangan yang sering tersemat kukuh di ingatan  😭😭😭 
Kata orang kampung halaman kita walau sepahit mana kenangan yang di lakar tapi tetap rindu sebab tempat jatuh lagi di kenang ini kan pula tempat berkasih sayang sesama sahabat
Walau jauh mana kaki kita melangkah kenangan zaman sekolah di kg halaman yang terindah sekali dalam hidup betul kan???
Sukar nak digambarkan dengan kata2 dan Selagi ada nafas selagi tu lah kenangan tersemat di lipatan memory kan c ros, Ustaz hasbie, aku c teh dan semua
Mereka ini la teman-teman sepermainan waktu sekolah rendah sampai sekolah menengah, aku mereka ini la yang sentiasa setia menemani aku di saat masalah melanda!
Terima kasih teman-teman atas semua memory ini.
Walau di mana pun aku berada, aku walau sejauh mana pun aku berlari kenangan bersama kalian akan tetap segar dalam lipatan kenangan selagi aku bernafas.

Ahad, Mac 24, 2019

Kenapa rezeki aku selalu sikit dan susah nak masuk?

Kadang2  kita sering terfikir kenapa rezeki kita sikit Dan susah nak mask?  Apakah Allah tak sayang aku ke???tapi kita selalu lupa Tanya diri kita apakah kita  sayang allah selama in???
Apakah kita selalu buat segala suruhanNya? Atau pun kita sering lalai dalam melakukan segala suruhanNya?

Selasa, Mei 10, 2016

KENANAGAN LALU MENGUSIK KALBU

Tak sangka la hampir 20th terpisah akhirnya bersua kembali di alam maya. Dia pernah cuba menakkuki hati aku suatu masa dulu tapi aku abaikan kerna saat itu aku terlalu mentah untuk semuanya, bukan jual mahal tapi kerna aku sedar akan kekurangan diri maka aku diamkan je dari berkata iya atau tdr, rasanya cukup la beban yang aku tanggung dan pikul selama aku bergelar remaja usah di tambah lagi dengan ikatan yang akan merobek seribu rasa remajaku.
Maafkan aku seandainya kau terlalu mengharapkan sebuah jawapan yang terlalu lama terpaksa kau tunggu, bukan niatku menyiksa hati dan perasaan tapi seperti yang aku katakan aku ibarat melati desa yang serba kekurangan yang kembang di sangkar berduri mana mungkin untuk aku menberi dan menerima cinta kerana aku takut ada hati yang akan kecewa.
Bukan niat melukai perasaan sesiapa pun tapi kerana menyedari siapa aku maka semua cinta aku terpaksa buang jauh-jauh kerana terlalu berat beban yang terpaksa aku pikul lantaran sikap orang dewasa yang mementingkan diri sendiri ketika tu.

Isnin, Februari 22, 2016

OH MY ROSE JEPUN KU SAYANG,ADA JODOH KITA JUMPA LAGI


BUKAN niat ku untuk tinggalkanmu wahai si jantung hati tapi keadaan yang tak mengizinkan untuk kita terus bersama maka kau ku tinggalkan,inshaa allah kalau kita berjodoh kau akan ku milik lagi,terima kasih ya allah atas pinjaman Mu yang cuma seketika,hati tabahlah dan berodalah semoga ada jodoh lagi aku dan ros2 jepun kesayangan ku nanti.
:(

:)(
















ROTI OH ROTI

Tepung faiza 1 kg
2 biji telur
3 sudu majerin@butter
2 sudu gula
1 cawan air suam
1 peket yis segera mauripan
3 sudu lemak sayur
Secubit garam
Cara buatnya
Gaul tepung bersama majerin, lemak sayur, telur dan garam hingga sebati
Cairkan gula dn air suam , masukan yis kacau hingga yis sebati biarkan hingga berbuih, buat lubang di tengah tepung, tuangkan larutan yis td gaul hingga sebati tambah air sedikit demi sedikit dan uli doh hingga tk lekat kat tangan dan licin, uli sampai doh kental.
Biarkan hingga doh naik 2x ganda dan tumbuk2kan doh tuk buang udara lam doh
Bulat2kan ikut saiz yg kita nak masukan inti dan bulatkan elok2 letak kat papercup atau loyang yang dah di gris biarkan doh naik sekali lagi baru di sapu susu cair dan bakar.
Bakar dalam oven suhu 170 selama 20mint, suhu ikut kesesuaian oven masing2










Sabtu, September 26, 2015

Konon-konon nak buat diet atkin la

Duk sibuk masuk kelab diet atkin bagai
Tp bila tang nak kena control makan tu
Cam tak best je so takpe la tak kurus pun janji
Sihat coz kita bukan anak dara lagi nak kena
Slim melim, sejak dah sold out n alreafy taken ni
Malas lak nak berdiet coz owner cakap kurus ke gemuk
Ke sayang kita seadanya sokmo so tak yah le nak diet tu kita just work out mana yang patut je la

Test